Selalu.

Tidak aku cemburu
Pada segala yang datang di depanku

Seorang lelaki datang
dari bahumu,
Seratus lelaki datang dari ikal rambutmu,
Seribu lelaki datang antara payudara dan kakimu,
Datang laksana sungai,
Penuh lelaki tenggelam
mengalir ke laut liar,
Ombak yang kekal menderu,
Menuju waktu!

Bawa mereka semua,
Ke tempat kini aku menantimu;
Kita akan selalu sendiri,
Kita akan selalu sebagaimana kau dan aku,
Sendirian di muka bumi,
Untuk memulai hidup kembali!

Pablo Neruda

1 comment:

  1. Masih lagi dengan wiski, vodka dan rum? mari aku teman.

    ReplyDelete