Untuk H,

6 Ogos dah berlalu, dan aku pasti satu lagi harapan tidak akan pernah wujud di atas sehelai kalender mesti aku perlu mengingatinya, kerana tak ada sesiapa dapat meyakinkan bahwa hari-hari akan berlangsung seperti sedia-ada. Tidak juga najib, atau pun trump.

Tetapi ada sesuatu yang harus aku jelaskan, aku tahu— ia menebal sepanjang malam dalam limpahan kordinal, dan cahaya kuning yang semakin hari semakin malap– Aku membayangkan kita yang sedang menghirup resonans, dalam damai, dan aku masih sanggup meski perlu membancuh bercangkir-cangkir penyesalan untuk kamu.

1 comment:

  1. Apakah teh tarik masih lagi menjadi kegemaran kamu? Aku rindukan itu

    ReplyDelete