Bilik

Jika itu bilik kita, kita mahir tentangnya. Tentang ukuran, sisi-sisi gelap, laluan matahari, dan berapa langkah yang dapat kita lakukan dalam sehari, misalnya. Kita gantungkan gambar, tampal poster, penuhkan beberapa rak, susun buku, susun itu, susun ini. Kemudian kita bangun dari katil keesokkan harinya, pergi  ke kerja untuk beberapa jam, dan pulang ke dalam bilik dan fikir.
Fikir dan fikir sehingga kita terfikir bahwa sebuah bilik bukanlah tempat terbaik untuk berfikir.

No comments:

Post a Comment