Yang Hilang Dalam Sedar

Ada yang menganggap bahawa kesadaran dimulai dengan kehilangan, menjadi sebuah awal bagi sebuah akhir, dan aku setuju dengannya. Kehidupan adalah sebuah tempat dimana kita dapat merasakan semua itu, kehilangan-kehilangan kecil yang menyadarkan, kehilangan-kehilangan yang memberi penyesalan, dan kehilangan-kehilangan yang mamaksa kita melutut di hadapan dunia; Menjadi tunggangan kesedihan, nafsu, dan yang hanya menghanyutkan kita dalam kehilangan itu sendiri. Dibadai kesia-siaan.

Tapi kehilangan yang sebenar adalah kehilangan yang Terbesar. Seperti Adam kehilangan syurga, dan manusia yang kehilangan hakikat. Hilangnya jalan dari mata hati; hilangnya kebenaran dari penglihatan dan pendengaran. Hilangnya sentuhan Tuhan pada qalbunya, Dzat yang paling sudi merinduinya.

Sedarlah bahawa tiada tempat di dunia ini untuk kita menemui kehilangan itu meski kita harus mengembara ke Morocco, atau Maldive, atau ke penjuru eropah dan timur tengah dengan 7 kilo bebanan di bahu kerana kehilangan yang sebenar adalah kehilangan yang bermula dari dalam diri, begitu juga kesadaran dan keindahan-keindahannya. Ia berada dalam dirimu, dan apa saja rasa yang akan kau tanggungi adalah apa yang akan dapat memenuhi semua itu. Memenuhi hakikat kesadaran dan kehilangan.

Benarkah? Dan benarkah kita telah menyadarinya?

Kita belum menyadari sebelum kita kehilangan. Dan aku setuju dengannya. Kerana jalan terbaik untuk mengambil pelajaran dari semua ini adalah dengan menyadarinya sebelum kita kehilangan apa-apa. Kehilangan besar dari yang kecil. Yang sebenar dari yang meremehkan.
Sebelum kesedaran hanya lah kesia-siaan dan kehidupan sementara ini adalah apa menjadi kehilangan terbesar selanjutnya.

No comments:

Post a Comment